Pemilihan pembeli-pembeli rumah mampu milik negeri Selangor

Font: [ BB B M S ]

Pandangan Pandangan 2011-11-03 11:26 Click: 2931 Disediakan oleh Merdeka Review

Banyak pihak telah membuat pertanyaan tentang cara Kerajaan Negeri Selangor membuat pilihan untuk pembeli Rumah Mampu Milik Negeri Selangor.  Buat masa ini 124 Rumah Mampu Milik sedang dibina oleh PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Dijangka 10,000 Rumah Mampu Milik akan dibina oleh PKNS sehingga tahun 2016 di Gombak, Shah Alam, Kota Puteri, Antara Gapi dan Selangor Science Park II.  Pemaju-pemaju swasta juga akan membina Rumah Mampu Milik menerusi dasar perumahan Negeri Selangor yang baru.

Rumah Mampu Milik akan dikawal jualannya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Syarat-syarat kelayakan untuk membeli Rumah Mampu Milik adalah :
1.Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan
4. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor
5. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
6. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian Rumah Mampu Milik
7. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon Rumah Mampu Milik
8. Pembelian Rumah Mampu Milik adalah untuk didiami dan bukan untuk disewakan

Pemilihan pembeli-pembeli Rumah Mampu Milik dilakukan berdasarkan markah-markah yang dijana sacara automatik melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik.

Markah-markah diberi berdasarkan,
1. Pendapatan Bulanan Isi Rumah
2. Tanggungan
3. Kediaman Sekarang
4. Taraf Perkahwinan
5. Umur
6. Negeri Tempat Lahir
7. Tempoh Bermastautin Di Selangor
8. Orang Kelainan Upaya (OKU)
9. Warga Emas
10. Tempoh Pendaftaran

Pemohon-pemohon yang mendapat markah tertinggi akan disenarai pendek.  Contohnya bagi pembangunan di Bandar Baru Bangi, seramai 596 telah mengemukakan permohonan.  Walau bagaimanapun, hanya 124 pemohon yang mempunyai markah paling tinggi akan dipanggil untuk ditemuduga.  Temuduga tersebut adalah untuk memastikan bahawa segala maklumat yang diberi melalui borang permohonan adalah benar.

Sistem pemilihan yang dilaksanakan ini adalah lebih telus dan bebas dari penyelewangan kerana pemilihan adalah berdasarkan kiraan markah oleh komputer.

Nama-nama pembeli yang berjaya akan dipaparkan di dalam laman web LPHS selama dua minggu.

*Kenyataan media oleh Iskandar Abdul Samad (gambar kiri) selaku EXCO/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor.

Share to: