KPN ketuai senarai penerima pingat

Font: [ BB B M S ]

Nasional Nasional 2012-02-01 08:01 Click: 279 Disediakan oleh Berita Harian

279 terima darjah kebesaran, bintang sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengetuai senarai 279 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012, hari ini.

Istiadat pengurniaan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada beliau disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Melawati di sini. Turut menerima SUMW ialah Yang Dipertua Persatuan Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abu Hassan Omar. Lima penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) membawa gelaran Datuk Seri ialah Presiden MIC, Datuk G Palanivel; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit; Pengerusi KUB Malaysia Berhad, Datuk Abdul Halim Abdul Samad; Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong Ten Soo serta Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang-Orang Buta Malaysia, Datuk Mohamed Iqbal Kuppapitchai Rawther.

Selain itu, seramai 34 individu menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk iaitu Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Berhad, Shaharudin Abd Latif; Ketua Pengarang Media Kumpulan Karangkraf, Abdul Jalil Ali; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Khir Mohamad Yusof; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Lokman Hakim Sulaiman; Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Che Ab Rahim Nik; Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), K Selvarajah dan Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Hamidah Khalid.

Turut menerima PMW ialah Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus; Pengarah Bahagian Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohd Samsuri Mohd Sohot; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zulkifli Ibrahim; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Hasim Ismail; Ketua Unit Kawal Selia FELDA JPM, Dr Omar Salim; Juruiring Tentera Darat kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig Jeneral Mohd Nizam Jaffar dan Juruiring Polis kepada Yang di-Pertuan Agong, Senior Asisten Komisioner Mastor Mohd Arif.

Ketua Eksekutif Putrade Property Management Sdn Bhd, Abdullah Hamid Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank Berhad, Yvonne Chia; Pengurus Besar Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation, Suleiman Ibrahim; Pakar Bedah Prince Court Medical Centre, Dr Yunus Gul Alif Gul; Pengarah Urusan Kumpulan Fairview, Datuk Muztaza Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sumber Maklumat, Mohammed Akhiar Ahmad Wazir Affandi; Pengerusi Eksekutif Click Logistics Sdn Bhd, Ahmad Basheer Mohd Hussain; Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Westart, Micheal See Wai Cheong dan Pengerusi Kumpulan Associated Sdn Bhd, Datuk Liu Wan Min.

Melengkapi senarai penerima PMW ialah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar; Ketua Pemuda Parti GERAKAN, Lim Si Pin; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labuan, Aini Safar; Pengerusi MCA Bahagian Putrajaya, Koo Chin Nam @ Ko Chin Nam; Pengerusi MIC Cawangan Setiawangsa, R Malaiapan; Presiden Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), M Sambantahn; Bendahari Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Abdul Wahith Sharfuddin; bekas atlit olahraga negara, Chin Leng Sim @ Marina Chin; Presiden Persatuan Khidmat Bersatu, Zakaria Salleh; Presiden Persatuan Penduduk Bangsar Baru, George Joseph serta Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Nik Ali Mat Yunus.

Seramai 30 individu lain termasuk Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, Abdul Jalil Hamid menerima bintang Johan Mahkota Wilayah (JMW), 50 orang lagi termasuk Penolong Pengarang Berita TV3, Hazran Mohamed menerima bintang Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 orang termasuk Pengarang Berita, Berita Harian, Rasid Rahaman; Ketua Meja Utusan Kota, Utusan Malaysia, Ismail Daud dan Wartawan Bernama di Labuan, Jailani Hasan menerima bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 84 lagi menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Share to: