| ◎ | Isteri putus kepala di MRR2 20/5 | 115 |
| ◎ | Caj internet lebih murah 21/5 | 62 |
| ◎ | Geografi, politik punca pendatang naik mendadak 21/5 | 48 |
| ◎ | Agensi KDN bebas bertindak 21/5 | 42 |
| ◎ | SPR selar Anwar sebagai 'Raja Fitnah' 20/5 | 41 |
| ◎ | Mahu kurangkan beban guru 17/5 | 39 |
| ◎ | Adam Adli direman 5 hari 20/5 | 38 |
| ◎ | Adam Adli kena tahan mengikut Akta Hasutan 19/5 | 38 |
| ◎ | Penduduk setempat jadi ahli PBT dikaji 21/5 | 38 |
| ◎ | Pemilihan Waytha bukti PM prihatin 17/5 | 37 |
| ◎ | Khairy mahu ubah persepsi belia 17/5 | 34 |
| ◎ | Kakitangan awam dilarang bida kontrak 22/5 | 32 |
| ◎ | Seragam pelaksanaan dasar 17/5 | 31 |
| ◎ | Panel khas satukan kaum 21/5 | 29 |
| ◎ | Profesional tadbir masjid 20/5 | 29 |
| ◎ | SPRM tawar khidmat nasihat 21/5 | 28 |
| ◎ | 207 penerima pingat Perlis 17/5 | 28 |
| ◎ | Harga RON97 turun 20 sen 23/5 | 28 |
| ◎ | KL bimbang Korea Utara lancar misil 22/5 | 28 |
| ◎ | Malaysia perlu 50 peratus tenaga mahir 21/5 | 28 |
Penemuan itu adalah hasil kajian sebuah syarikat milik Bumiputera yang mengkhusus dalam bidang perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd. Sebahagian besar harta berkenaan dalam dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank dan harta tetap.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin, berkata pelbagai faktor menyumbang kepada masalah berkenaan termasuk waris kurang pengetahuan mengenai pengurusan harta si mati.
Kurang pengetahuan
Kekurangan pengetahuan mengenai pengurusan dan prosiding harta pusaka menyebabkan waris tidak berminat untuk menguruskan harta berkenaan.
Masalah pengumpulan dokumen untuk pengurusan harta pusaka juga menjadi penyumbang kepada isu ini dan secara umumnya waris tidak tahu untuk bermula daripada mana, sekali gus menyekat usaha untuk menuntut harta pusaka, katanya kepada media selepas Konvensyen Pewarisan Harta Syariah di sini, semalam.
Tak tahu hukum
Selain itu, katanya, isu itu juga timbul kerana pertelagahan mengenai hak waris terutama dalam aspek faraid kerana tidak ramai yang tahu secara mendalam mengenai hukum itu serta tidak berusaha merujuk kepada yang pakar.
Justeru katanya, penyediaan dokumen tepat atau hibah (hadiah) serta melantik pegawai agensi pengurusan harta pusaka mampu menyelesaikan isu perebutan harta pusaka, selain mengelak harta itu terbeku akibat pewaris enggan memberi kerjasama.
Kesan hibah
Hibah jauh lebih berkesan dan fleksibel dari segi undang-undang syariah bagi tujuan pembahagian harta yang mana melaluinya pemilik harta boleh menentukan pewaris mengikut yang dikehendakinya.
Harta yang dihibah tetap akan menjadi hak pemiliknya selagi dia masih hidup dan berhak menikmati manfaat dari harta tersebut sepanjang hayatnya. Ia hanya bertukar milik kepada penerima hibah selepas kematian pemilik harta.
Selain itu, harta yang dihibah tidak akan menjadi harta pusaka dan tidak boleh dituntut oleh waris mengikut hukum faraid, katanya.
Share to:
