1,085 dapat anugerah Pulau Pinang

Font: [ BB B M S ]

Nasional Nasional 2013-08-26 05:26 Click: 268 Disediakan oleh Berita Harian

Georgetown: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendahului senarai 1,085 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Pulau Pinang sempena Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, hari ini. Pandikar Amin menerima anugerah tertinggi Pulau Pinang iaitu Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Empat individu termasuk Ketua Pengarah MAMPU, Tan Sri Muhamad Zabidi Zainal; Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar dan Pengarah Urusan IGB Corporation Bhd (IGB), Robert Tan Chung Meng menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN), yang membawa gelaran Datuk Seri. Enam individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang juga membawa gelaran Datuk Seri, termasuk Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Arfah Abdul Razak, serta Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia, Datuk Jamaludin Hasan. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pula antara sembilan individu dikurniakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk. 68 terima DSPN Seramai 68 penerima menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) turut membawa gelaran Datuk, termasuk Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Abdul Walid Abu Hassan; Timbalan Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Abdul Rashid Mohamed; Naib Canselor UiTM Bahagian Penyelidikan, Prof Dr Abu Bakar Abdul Majeed dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan. Seramai 60 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 39 Bintang Cemerlang Negeri (BCN), 165 Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), 413 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 235 Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 82 Pingat Bakti Setia (PBS). Koordinator Eksekutif Foto NSTP Pulau Pinang, Rosli Ahmad antara penerima PJK. Antara penerima PJM termasuk dua jurugambar NSTP Pulau Pinang, Ramdzan Masiam dan Danial Saad.

Share to: